Monday, October 12, 2009

penderaan seksual kanak-kanak.

apakah Penderaan Seksual Kanak-Kanak?
Apa jua perlakuan individu yang memaksa, memperdaya atau mengugut kanak-kanak yang mendorong berlakunya hubungan seksual dengan mereka, semata-mata untuk memuaskan nafsu seksual.
Ini termasuk:
Memasukkan objek atau bahagian tubuh ke dalam faraj, mulut atau dubur.
Menyentuh bahagian sulit.
Menunjukkan bahan-bahan lucah kepada kanak-kanak.
Mengambil gambar kanak-kanak dalam aksi seksual.
Menggalakkan kanak-kanak menonton atau mendengar aksi seksual.
Membuat panggilan telefon lucah,
Rogol.
Seks oral.
Liwat.
Pelacuran.
Mengintai.
Mencium.
Mengusap.
Mempamerkan aksi lucah.
apakah Tanda-Tandanta?
Mengigau, sukar untuk tidur, takut kepada keadaan gelap.
Perubahan tingkah laku secara tiba-tiba - takut, marah atau menyisihkan diri.
Takut pada orang atau tempat-tempat tertentu.
Kencing malam atau menghisap jari bagi kanak-kanak yang besar.
Masalah perhubungan.
Berasa tidak berupaya/tidak berdaya.
Berahsia.
Sering bercakap tentang teman baru yang lebih dewasa.
Mencederakan diri atau kecenderuangan membunuh diri.
Menagih dadah atau alkohol.
Memakai pakaian berlapis-lapis.
Maruah diri yang rendah.
Berperangai seksual.
Gagal memberi tumpuan.
Gangguan pemakanan.
Walau bagaimanapun, tidak semua mangsa penderaan seksual kanak-kanak menunjukkan tanda-tandatersebut dan tidak semua kesan ini akibat penderaan secara seksual. Hubungi P.S. The Children, MCRI untuk bantuan.
apa Yang Perlu Dibuat Apabila Mereka Mula Memberitahu?
PercayalahKanak-kanak jarang sekali mengadakan ceriat. Mereka tidak berani untuk menceritakan sesuatu kerana bimbang tiada sesiapapun percaya kepada mereka. Mempercayai kanak-kanak adalah langkah utama dalam membantu mengatasi trauma yang mereka alami. Kata-kata seperti, "Saya percayakan kamu" atau "Itu bukan salah kamu" akan mamulihkan mereka.
BertenangKanak-kanak mungkin salah anggap kemarahan anda terhadap penderaan yang berlaku kepada mereka sebagai sesuatu yang menjijikkan. Kesabaran anda dapat membantu mengembalikan maruah mereka. Kata-kata yang meyakinkan seperti, "Kanak-kanak lain juga ada mengalami pengalaman yang sama" atau "Kita harus lakukan sesuatu," boleh mendorong mereka untuk lebih bersikap terbuka.
Tegas Kanak-kanak yang didera sering dikeliru dengan perasaan mereka, akibat daripada manipulasi yang dilakukan oleh pendera. Mereka harus dibenarkan dan digalakkan untuk menyatakan perasaan mereka. Perasaan mereka haruslah dipandang serius dan tegas. "Saya tahu ia bukan mudah untuk diterima", dan "Awak memang berani untuk mendedahkannya" dapat menyampaikan simpati, keprihatinan dan sokongan yang diperlukan oleh kanak-kanak.
Membimbing kanak-kanak untuk menghadapi situasi seterusnyaKanak-kanak yang didera berasa tidak berupaya. Mereka perlu tahu ada pihak yang sedia membantu. Mereka juga harus diberitahu apa yang perlu dilakukan, contohnya, bagaimana mengaitkan kejadian itu, siapa yang harus diberitahu dan apakah bantuan yang diperlukan.
SokonganBercakap tentang penderaan boleh menjadi traumatik seperti mana kesan penderaan itu sendiri. Orang dewasa harus memberi sokongan kepada kanak-kanak, khususnya ketika mereka mula memberitahu. Yakinkan kanak-kanak tersebut bahawa anda sentiasa membantu selagi mereka memerlukan anda, dan bersama-sama melaluinya.
Laporkan kes penderaanIni adalah salah satu langkah untuk mencegah kes penderaan. Lagipun, ketahuilah bahawa setiap orang mempunyai mandat untuk melaporkan semua kes penderaan sahih atau disyaki dalam masa 48 jam.
anda Mempunyai Peranan
Ibu Bapa
Belajar bercakap/mendengar perasaan kanak-kanak tentang sentuhan dan hubungan.
Kenal-pasti tanda-tanda penderaan seksual.
Biasakan diri dengan khidmat bantuan sosial, contohnya, siapa yang harus dihubungi.
Golongan Dewasa
Tawarkan kemahiran profesional anda, contohnya dalam bidang komunikasi.
Sebarkan kesedaran dan maklumat kepada umum.
Bergiat secara sukarela dalam agensi gabungan dan sebagainya.
Belajar mendengar apa yang diperkatakan oleh kanak-kanak disekeliling anda.
Sukarela untuk dilatih sebagai para kaunselor.
Kanak-Kanak (bawah 18 tahun)
Ketahui siapa yang harus dihubungi.
Ketahui hak anda.
Pusat Penjagaan Kanak-Kanak
Melatih pengasuh kanak-kanak tentang topik penderaan seksual kanak-kanak.
Melaksanakan Polisi Perlindugan Diri di pusat penjagaan dan menyediakan sistem bantuan dalaman dengan pihak berkuasa yang berkaitan.
Melaporkan kes penderaan kanak-kanak.
Pertubuhan Sukarela & Khidmat Masyarakat
Sertai sebagai badan bertindak dan tugaskan seorang ahli organisasi untuk melaksanakan tanggungjawab berikut:
Belajar kaedah memberi ceramah kesedaran menggunakan bahan-bahan P.S. The Children, MCRI
Memahirkan diri dengan khidmat bantuan.
Belajar menggunakan kit maklumat tentang penderaan seksual kanak-kanak.
Menghadiri latihan yang diadakan oleh P.S. The Children, MCRI.
Kementerian Pendidikan, Sekolah dan Universiti
Laksana dan sahkan Program Keselamatan Diri pada semua peringkat.
Latih guru dan kaunselor mengenai penderaan seksual kanak-kanak, khususnya pengendalian pendedahan.
Masukkan kurikulum penderaan seksual kanak-kanak dalam pengajian perubatan, pendidikan, undang-undang dan khidmat sains sosial di universiti.
Laksanakan Polisi Perlindungan.
Galakan usaha-usaha penyelidikan dan penerbitan.
Jabatan Kebajikan Masyarakat
Latih Pasukan Perlindungan Kanak-Kanak dan ahli Majlis Kebajikan Juvenil mengenai Penderaan Seksual Kanak-Kanak.
Laksanakan Program Keselamatan Diri di pusat aktiviti.
Latih pegawai kebajikan bagaimana membimbing kanak-kanak untuk menghadapi perbicaraan di mahkamah.
Polis
Sokong program pencegahan penderaan seksual kanak-kanak.
Latih ahli Kelab Pencegah Jenayah berkaitan penderaan seksual kanak-kanak.
Mempunyai kemahiran khusus dalam menemubual mangsa penderaan.
Media
Didik orang awam tentang penderaan seksual kanak-kanak lebih kerap.
Bersikap sensitif terhadap kanak-kanak. Jangan dedahkan nama kanak-kanak dan ibu bapa/penjaga yang tidak bersalah. Jangan dedahkan nama pesalah jika pesalah berkenaan adalah ayah atau saudara mangsa penderaan.
Jangan mengambil gambar atau menemu ramah mengsa penderaan.
Hentikan tumpuan terhadap kisah mangsa.
Buat susulan terhadap kes yang telah disiarkan.
Sokong kempen berkaitan seperti Minggu Kesedaran Penderaan Kanak-Kanak.
Organisasi Keagamaan
Adakan dialog dengan agensi gabungan tentang bagaimana pendekatan agama dapat membantu mencegah penderaan seksual kanak-kanak.
Rumah Anak Yatim, Pusat Perlindungan, Pusat Tahanan/Pemulihan & Pusat Kanak-Kanak Istimewa
Latih kakitangan tentang penderaan seksual kanak-kanak dan teknik pemulihan, perkembangan dan kemahiran hidup kanak-kanak.
Laksanakan Program Keselamatan Diri untuk kanak-kanak.
Sokong konsep pusat tahanan dan pemulihan mesra kanak-kanak.
Sektor Perundangan
Fahami mangsa penderaan seksual kanak-kanak.
Sokong konsep mahkamah mesra kanak-kanak.
Tawarkan khidmat sukarela sebagai individu rujukkan.
Profession Perubatan Kerajaan dan Sektor Swasta
Fahami kerumitan, mangsa penderaan seksual kanak-kanak.
Laporkan penderaan seksual kanak-kanak.
Pusat Khidmat Bersepadu Mesra Kanak-Kanak untuk kes-kes penderaan kanak-kanak, di mana kanak-kanak diberikan janji temu dengan doktor-doktor yang berkaitan yang berada disitu.
Badan Korporat
Adakan seminar penderaan seksual kanak-kanak untuk pekerja.
Sokongan kewangan.
Sediakan taman asuhan kanak-kanak di tempat kerja dan kakitangan yang dilatih serta berpengetahuan tentang penderaan seksual kanak-kanak.

Source of information: Malaysian Child Resource Institute (MCRI),P.S. The Children Project.tel: 03-431 1224, e-mail: mcri@po.jaring.my.
Women's Aid Organisation is a partner in the Malaysian Coalition for the Prevention of Child Sexual Abuse (MCPCSA).
TALIAN BANTUAN
Pertubuhan Pertolongan Wanita (WAO)
03-7956 3488
Pusat Krisis Wanita ( WCC, Penang)
04-228 0342
All Women Action Society of Malaysia (AWAM)
03-7957 0224
TELEDERA
1-800-883040
BEFRIENDERS
03-7956 8144
P.S. The Children
03-74931303

No comments:

Post a Comment